Tempoh kesuburan Haid

Panjang tempoh fasa follicular — dan dengan itu panjang tempoh kitaran haid — mungkin berubah dengan banyaknya. Bagaimanapun fasa luteal, hampir sentiasa mengambil tempoh jumlah hari yang sama bagi setiap wanita: Sesetengah wanita mempunyai fasa 10 hari, yang lain 16 hari, sementara purata adalah 14 hari. Sperma mampu hidup dalam wanita selama 3 hari secara purata, dengan tempoh sehingga lima hari dianggap biasa. Kehamilan disebabkan hayat sperma sehingga lapan hari pernah direkodkan.[7][8][9] Tempoh paling subur (masa kemungkinan kehamilan berlaku disebabkan hubungan kelamin) merangkumi tempoh masa 5 hari sebelum ovulasi sehingga 1–2 days selepas ovulasi. Dalam kitaran purata 28 hari dengan 14-hari fasa luteal, ini bersamaan dengan minggu kedua dan permulaan minggu ketiga kitaran haid.Kaedah mengelak kehamilan menggunakan pintar subur (Fertility awareness) cuba menentukan tempoh tepat ovulasi bagi menentukan hari kemungkinan subur dan tidak subur dalam kitaran haid.

Mereka yang mendengar mengenai kitaran haid dan ovulasi sering kali silap menganggap, bagi tujuan mencegah kehamilan, bahawa kitaran haid tetap mengambil masa 28 hari, dan ovulasi sentiasa berlaku 14 hari selepas permulaan haid. Anggapan ini mungkin mendorong kepada kehamilan tidak dirancang. Ambil perhatian juga bahawa bukan semua pendarahan dianggap haid, dan ini boleh mengelirukan semasa pengiraan tempoh subur mereka.

Sekiranya wanita ingin hamil, tempoh paling subur berlaku antara 19 dan 10 hari sebelum jangkaan haid. Ramai wanita menggunakan kit pengesan ovulasi yang mengesan kehadiran peningkatan LH dalam air kencing untuk menunjukkan tempoh paling subur. Sistem mengesan ovulasi lain bergantung kepada pengamatan satu atau lebih dari tiga tanda kesuburan utama (suhu badan (basal body temperature), cecair pangkal rahum, dan kedudukan pangkal rahim).

Dikalangan wanita yang tinggal berdekatan, permulaan haid cenderung untuk berlaku serentak. Kesan McClintock mula digambarkan pada 1971, dan kemungkinannya dijelaskan melalui tindakan pheromone pada 1998.[10]Bagaimanapun, kajian selanjutnya mempertikaikan keputusan ini.[11]